04 Jun 2014

Filled Under:
, , , , , , , ,

Nasihat Dari Petani yang mendapat 13 Tan

Kesan serangan ulat putella
Setiap petani mempunyai jadual kerjanya seperti yang disarankan oleh Jabatan pertanian agar memperolehi pendapatan 10 tan. Ramai antara kita beranggapan untuk menghasilkan yang lumayan memerlukan kos yang tinggi tetapi hakikatnya itu adalah persepsi yang salah. 

Seringkali petani bertanya kepada mereka yang dicop champion, apakah rahsianya sehingga mereka mendapat hasil yang lumayan. Mereka menjawab memadai dengan baja yang kerajaan bekalkan. Cuma dari aspek racun bantuan perlu pilih yang betul dan perlu membuat penambahan 3 atau 4 jenis racun yang tiada dalam senarai racun bantuan kerajaan.

Tetapi kita tidak mempercayainya dan beranggapan tentu ada penambahan baja lain terutama baja kuda singa ataupun mereka menggunakan baja siram ataupun  racun tertentu yang mereka rahsiakan. alasannya kita menggunakan baja dan racun yang sama tetapi hasil bendang kita tidak selumayan mereka.

Berdasarkan penerangan En. Harun,  Perbezaan yang ketara pada jadual kerja ialah pada ketika padi separas lutut/ lebih kurang 30 hingga 40 hari, ia akan turun ke bendang untuk membunuh kupu-kupu. Perkara ini tidak tersenarai  pada jadual kerja petani tahap pertengahan (hasil antara 8 sehingga 10 tan).

Ramai antara kita beranggapan bahawa kupu- kupu tidak memudaratkan kepada kepada padi tetapi sebenarnya ulat kupu- kupu adalah ulat putella. (gambarnya pada fb page- bicara padi). Ulat ini pada peringkat awal yakni ketika padi masih tidak membentuk batang, ia berada pada daun lalu mengulung daun padi dengan mencantumkan kedua-dua sisi padi supaya mempunyai rongga ditengah.

Setelah padi berbatang ia akan masuk ke dalam batang padi. Ramai yang beranggapan gejala serangan telah pulih kerana ia tiada pada daun padi dan gulungan daun padi terbuka dan kelihatan padi telah pulih. hakikatnya ulat tersebut telah membuat kerugian yang lebih besar kerana ia akan memotong tangkai padi dari dalam. lantaran banyak tangkai yang sambang 100%  (petani menamakan bulu ayam) dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan kerugian bertan- tan.

Petani ini membunuh dulu induknya kerana sekiranya telurnya telah menjadi ulat putella, racun sentuh tidak berkesan kerana ia bersembunyi dalam gulugan daun. Ia memerlukan racun yang berkualiti jenis serapan yang mahal harganya dan perlu mengulangi beberapa kali. Secara tidak langsung ia menambah kos dan juga beban kerja. Sekali gus ia melaksanakan " mencegah lebih baik daripada mengubati".

Berdasarkan pengalaman petani yang meraih pendapatan antara 10 -13 tan. -En. Harun.

Wallahualam.




3 comments:

  1. Alhamdulillah. Terima kasih atas perkongsian info yg diberikan.
    Semoga petani memperoleh hasil yang baik.

    BalasPadam
  2. Ada pendapat menggabungkan penggunaan racun ulat+kulat+foliar untuk penjagaan terbaik selain penjadualan baja butir.

    BalasPadam
  3. Tolong jelaskan umur yg pling sesuai untuk taburan baja campuran,urea dan baja tambahan..

    BalasPadam